Saturday 1 September 2018

PASTI Perak Naib Johan Keseluruhan Alam Ria PASTI Malaysia 2018



Gombak, 1 Sept : Alam Ria PASTI Malaysia edisi kali ini menyaksikan kejayaan kontijen PASTI Perak memberi saingan hebat kepada 13 kontijen lain. PASTI Perak dan PASTI Melaka awalnya telah terikat kedudukan dalam menentukan kedudukan Johan Keseluruhan, namun penentuann jemaah juri mengambil kira perbezaan markah dalam acara terpilih telah memberi kelebihan kepada PASTI Melaka. Kedudukan ini adalah hasil dari kejayaan meraih Johan bagi acara Sajak (L) dan Bercerita (L), manakala Naib Johan bagi acara Hafazan (L) dan Khutbah.
Alam Ria PASTI Malaysia 2018 yang bertempat di Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM) Taman Melewar, Gombak bukanlah bertujuan kalah dan menang semata bahkan lebih kepada menitikberatkan kualiti pembinaan pendidikan Islam yang diperjuangkan PAS sesuai dengan penubuhan SRITI dan SMITI serta KUIZM sebagai kesinambungan PASTI sepertimana yang diucapkan oleh Ustaz Afnan Hamimi Taib Azamuddin selaku perasmi majlis merangkap Setiausaha Dewan Pemuda PAS Malaysia.

0 comments :

Post a Comment