Sunday 12 August 2018

Guru PASTI Sumbang RM13,720.00 Untuk Kompleks Pendidikan Islam Perak


(Mohd Azahari b. Yahaya) Pengarah Jabatan PASTI Negeri Perak sedang menerima sumbangan dari Puan Faridah bt Dawam (Pengerusi Majlis Guru PASTI Negeri Perak)
Bukit Merah, 11 Ogos : Para guru PASTI seluruh negeri Perak membuktikan kesungguhan untuk melihat terbinanya Kompleks Pendidikan Islam Perak apabila telah menyumbangan sejumlah RM13,720.00 bagi serahan pertama melalui Pengerusi Majlis Guru PASTI Negeri Perak, Puan Faridah bt Dawam. Serahan itu telah dilakukan semasa Majlis Perasmian Penutup Alam Ria PASTI Negeri Perak 2018 yang telah berlangsung pada 11 Ogos 2018 di Bukit Merah Lake Town Resort. Menurut Mohd Azahari b. Yahaya (Pengarah Jabatan PASTI Negeri Perak) sebidang tanah telah dibeli di Seri Iskandar untuk tujuan pembinaan kompleks yang akan menjadi pusat pentadbiran PASTI, Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI) dan Sekolah Menengah Integrasi Teras Islam (SMITI) peringkat negeri Perak. Kos pembinaannya dijangka menelan belanja jutaan Ringgit Malaysia. Sumbangan boleh disalurkan terus ke akaun Bank Islam atas nama Dana Pendidikan PASTI Perak no akaun 08013010083926.

Pengarah Jabatan PASTI Negeri Perak sedang menyempurnakan pelancaran Dana Pendidikan PASTI Perak untuk pembinaan Kompleks Pendidikan Islam Perak


0 comments :

Post a Comment