Saturday 1 September 2018

PASTI Perak Naib Johan Keseluruhan Alam Ria PASTI Malaysia 2018



Gombak, 1 Sept : Alam Ria PASTI Malaysia edisi kali ini menyaksikan kejayaan kontijen PASTI Perak memberi saingan hebat kepada 13 kontijen lain. PASTI Perak dan PASTI Melaka awalnya telah terikat kedudukan dalam menentukan kedudukan Johan Keseluruhan, namun penentuann jemaah juri mengambil kira perbezaan markah dalam acara terpilih telah memberi kelebihan kepada PASTI Melaka. Kedudukan ini adalah hasil dari kejayaan meraih Johan bagi acara Sajak (L) dan Bercerita (L), manakala Naib Johan bagi acara Hafazan (L) dan Khutbah.
Alam Ria PASTI Malaysia 2018 yang bertempat di Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM) Taman Melewar, Gombak bukanlah bertujuan kalah dan menang semata bahkan lebih kepada menitikberatkan kualiti pembinaan pendidikan Islam yang diperjuangkan PAS sesuai dengan penubuhan SRITI dan SMITI serta KUIZM sebagai kesinambungan PASTI sepertimana yang diucapkan oleh Ustaz Afnan Hamimi Taib Azamuddin selaku perasmi majlis merangkap Setiausaha Dewan Pemuda PAS Malaysia.

Sunday 12 August 2018

Guru PASTI Sumbang RM13,720.00 Untuk Kompleks Pendidikan Islam Perak


(Mohd Azahari b. Yahaya) Pengarah Jabatan PASTI Negeri Perak sedang menerima sumbangan dari Puan Faridah bt Dawam (Pengerusi Majlis Guru PASTI Negeri Perak)
Bukit Merah, 11 Ogos : Para guru PASTI seluruh negeri Perak membuktikan kesungguhan untuk melihat terbinanya Kompleks Pendidikan Islam Perak apabila telah menyumbangan sejumlah RM13,720.00 bagi serahan pertama melalui Pengerusi Majlis Guru PASTI Negeri Perak, Puan Faridah bt Dawam. Serahan itu telah dilakukan semasa Majlis Perasmian Penutup Alam Ria PASTI Negeri Perak 2018 yang telah berlangsung pada 11 Ogos 2018 di Bukit Merah Lake Town Resort. Menurut Mohd Azahari b. Yahaya (Pengarah Jabatan PASTI Negeri Perak) sebidang tanah telah dibeli di Seri Iskandar untuk tujuan pembinaan kompleks yang akan menjadi pusat pentadbiran PASTI, Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI) dan Sekolah Menengah Integrasi Teras Islam (SMITI) peringkat negeri Perak. Kos pembinaannya dijangka menelan belanja jutaan Ringgit Malaysia. Sumbangan boleh disalurkan terus ke akaun Bank Islam atas nama Dana Pendidikan PASTI Perak no akaun 08013010083926.

Pengarah Jabatan PASTI Negeri Perak sedang menyempurnakan pelancaran Dana Pendidikan PASTI Perak untuk pembinaan Kompleks Pendidikan Islam Perak


Saturday 11 August 2018

Keputusan Penuh Alam Ria PASTI Negeri Perak 2018






JOHAN KESELURUHAN
PASTI Kawasan Taiping

NAIB JOHAN KESELURUHAN
PASTI Kawasan Parit

KETIGA KESELURUHAN
PASTI Kawasan Gerik

NASYID
Johan : PASTI Kawasan Taiping
Naib Johan : PASTI Kawasan Parit Buntar
Ketiga : PASTI Kawasan Tambun

KALAM JAMAIE
Johan : PASTI Kawasan Gerik
Naib Johan : PASTI Kawasan Taiping
Ketiga : PASTI Kawasan Lenggong

HAFAZAN (L)
Johan : Abdul Muiz bin Abdul Jabbar (PASTI Kawasan Padang Rengas)
Naib Johan : Muhammad Hanzalah As-Syahid (PASTI Kawasan Gopeng)
Ketiga : Muhammad Akmal Mushaddiq (PASTI Kawasan Ipoh Barat)

HAFAZAN (P)
Johan : Huda Amani bt Mohd Rizal (PASTI Kawasan Kuala Kangsar)
Naib Johan : Zara Nur Amanda bt Abd Muizz (PASTI Kawasan Taiping)
Ketiga : Hafizah Husna bt Ahmad Aiman (PASTI Kawasan Teluk Intan)

PIDATO
Johan : Nurfatihah bt Razman (PASTI Kawasan Parit)
Naib Johan : Zara Batrisyia bt Mohd Hafiruddin (PASTI Kawasan Kampar)
Ketiga : Safiyyah binti Muhammad Salman (PASTI Kawasan Pasir Salak)

AZAN
Johan : Muhammad Atif Ezany b. Mazlan (PASTI Kawasan Larut)
Naib Johan : Firs Zafry b. Ainon Rozi (PASTI Kawasan Tambun)
Ketiga : Razin Baihaqi b. Sabaruddin (PASTI Kawasan Pasir Salak)

KHUTBAH
Johan : Umar Al-Faruqi bin Mohd Fakhrul Anwar (PASTI Kawasan Taiping)
Naib Johan : Ahmad Syakir bin Ahmad Azaruddin (PASTI Kawasan Parit)
Ketiga : Muhammad Saifullah AL-Fateh (PASTI Kawasan Bukit Gantang)

BERCERITA (L)
Johan : Muhammad Azaim Amsyar (PASTI Kawasan Gerik)
Naib Johan : Aizsy Abdullah Muhammad (PASTI Kawasan Taiping)
Ketiga : Muhammad Ashraf (PASTI Kawasan Lenggong)

BERCERITA (P)
Johan : Nur AInul Nafisah bt Zurami (PASTI Kawasan Bukit Gantang)
Naib Johan : Nur Nadzifa Zahira bt Nazli (PASTI Kawasan Parit Buntar)
Ketiga : Aimy Nur Afifah Afiqah bt Ahmad Redzuan (PASTI Kawasan Kampar)

SAJAK (L)
Johan : Muhammad Rayqal Milique (PASTI Kawasan Parit)
Naib Johan : Muhammad Ziyad Al Fateh (PASTI Kawasan Pasir Salak)
Ketiga : Muhammad Zaim Dinie b. Mohd Zunawa (PASTI Kawasan Lumut)

SAJAK (P)
Johan : Nur Khalishah Humairah (PASTI Kawasan Tapah)
Naib Johan : Nur Zahra Humaira (PASTI Kawasan Padang Rengas)
Ketiga : Afrina Zafirah bt Amran (PASTI Kawasan Parit)



Sunday 8 July 2018

PASTI Perak Nobat Cikgu Noh Anugerah Tokoh Pendidikan Mithali

Lumut, 7 Julai : Majlis Sambutan Hari Guru PASTI Negeri Perak 2018 kali ini telah diadakan pada 7 Julai 2018 di Marina Island Hall di Lumut. Majlis telah dirasmikan oleh Ust Ismi bin Hj M. Taib (Timb.Pesuruhjaya PAS Perak).
3 Kategori penerima anugerah telah diangkat iaitu Tokoh Guru PASTI Negeri Perak, Anugerah Guru Cemerlang Negeri Perak dan Anugerah Guru Paling Lama Berkhidmat. DIsamping itu, turut menerima anugrah ialah Guru-guru Cemerlang di peringkat kawasan masing-masing.
Lebih menarik lagi, 2 orang guru PASTI telah dipilih tajaan penuh PASTI Perak untuk menjalani ibadah umrah.
Majlis turut diceriakan dengan pelbagai cabutan bertuah dengan hadiah utamanya ialah pakej pelancongan 4 hari 3 malam ke Aceh, Indonesia tajaan Darul Mubarak Travel.
Lebih istimewa, PASTI Perak telah menobatkan Tn Hj Noh bin Ahmad atau lebih dikenali dengan Cikgu Noh sebagai penerima Anugerah Tokoh Pendidikan Mithali.


Friday 22 June 2018

PASTI Institusi Yang Semakin Menarik Perhatian


PARTI Islam Se-Malaysia (PAS) adalah merupakan sebuah parti politik yang berdaftar di Malaysia di bawah Akta Pertubuhan 1966. Selaku sebuah pertubuhan berdaftar, PAS boleh menjalankan aktivitinya. Selain menjalankan aktiviti politik, PAS juga mempunyai aktiviti sosial dan kemasyarakatan. Di antara aktiviti kemasyarakatan PAS adalah menjalankan aktiviti memberi pendidikan kepada kanak-kanak pra-sekolah yang dikenali sebagai Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI).
Sejak ditubuhkan pada tahun 1988 dengan matlamat untuk aktiviti kemasyarakatan, aktiviti PASTI bukan sekadar memberi perkhidmatan kepada anak ahli PAS, ia diperluaskan kepada seluruh masyarakat Malaysia.
Memandangkan ia merupakan aktiviti parti, maka aktiviti PASTI digerakkan oleh aktivis-aktivis parti. Selain itu aktivitinya turut dibantu oleh sukarelawan-sukarelawan.
Berdasarkan situasi di atas, dari segi struktur organisasi serta matlamatnya, PASTI adalah berbeza dengan tadika. Terdapat beberapa salah faham masyarakat yang menyamakan PASTI dengan Tadika.
Saya berkesempatan diberikan peluang untuk mengendalikan beberapa kes PASTI yang dibawa ke mahkamah.
Di antara isu yang diketengahkan adalah status aktivis dan sukarelawan PASTI yang dikatakan sebagai pekerja. Alhamdulillah penerangan dapat diberikan di mahkamah bahawa mereka adalah sukarelawan yang menyumbangkan tenaga untuk menjayakan aktiviti parti bagi membantu institusi pendidikan negara dalam mendidik kanak-kanak pra-sekolah. Oleh itu peruntukan-peruntukan berkenaan pekerja tidak terpakai ke atas aktivis dan sukarelawan ini.
Satu lagi isu yang turut menarik perhatian adalah berkenaan status PASTI yang cuba disamakan dengan Tadika. Alhamdulillah juga penerangan dapat diberikan dan diterima oleh mahkamah bahawa ia adalah merupakan aktiviti bagi satu pertubuhan yang berdaftar di Malaysia. Oleh itu ia adalah berbeza dan perlu dibezakan dengan operasi Tadika. Standard untuk pengoperasian suatu Tadika tidak terpakai ke atas PASTI.
Situasi PASTI yang unik inilah diyakini menjadikan ia semakin menarik perhatian masyarakat baik yang inginkan anak mereka menerima pendidikan PASTI ataupun pihak-pihak yang ingin mengkaji institusi ini. Tahniah diucapkan kepada pencetus PASTI yang menjadikan kedudukan institusi ini sebegini.
MOHD ZAMRI IBRAHIM
Penulis adalah merupakan seorang Peguambela dan Peguamcara.

Monday 2 April 2018

PASTI DAN MASYARAKAT BERPISAH TIADA



Tambun, 31 Mac : PASTI terus mendapat tempat dan subur di hati masyarakat Malaysia khususnya di Perak yang diterjemahkan melalui penganjuran Karnival PASTI Tambun pada 31 Mac bertempat di AEON Mall Ipoh Klebang. Program sehari di pasaraya tumpuan tersebut telah diserikan dengan pelbagai pengisian seperti Forum Keluarga Sejahtera, Pertandingan Mewarna, Dam Aji, Batu Seremban, Gusti Lengan, Anyam Ketupat Riben dan banyak lagi.

Mohd Azahari bin Yahaya (Pengarah PASTI Perak), menyifatkan bahawa PASTI dan masyarakat berpisah tiada. PASTI sangat sinonim dengan masyarakat hingga ianya kini disertai oleh pelbagai latar belakang masyarakat termasuk bukan Islam yang menyakini kemampuan pendidikan PASTI itu sendiri.

PASTI kini berada dalam kelasnya yang tersendiri menjadi sendi masyarakat yang membina generasi anak-anak pintar soleh ke arah Malaysia yang sejahtera.

PASTI TERUS HARUM DI HULU PERAK



Gerik, 31 Mac : PASTI terus mengharumkan namanya setelah berjaya menjuarai Karnival Futsal, Bola Jaring dan Mewarna Daerah Hulu Perak yang anjuran PPD Hulu Perak melalui kontijen PASTI Lenggong (Johan Futsal dan Johan Bola Jaring)  dan kontijen PASTI Gerik (Tempat Ketiga Futsal) pada 31 Mac 2018 bertempat di SK Adika Raja, Gerik. Pertandingan ini telah mengumpulkan hampir seluruh institusi pendidikan pra-sekolah seperti Tadika Islam, Tadika Perpaduan dan banyak lagi.

Menurut Mohd Azahari bin Yahaya (Pengarah PASTI Perak), "Kejayaan PASTI dalam pertandingan ini membuktikan kesungguhan PASTI dan para guru dalam menggilap bakat setiap kanak-kanak."

"PASTI menawarkan peluang kepada semua kanak-kanak untuk mendapat didikan yang seimbang dunia dan akhirat. PASTI bukan sahaja menekankan kecemerlangan dalam akademik bahkan PASTI juga institusi pendidikan yang melahirkan generasi yang cergas, sihat dan pintar."

Berikut adalah keputusan pertandingan :

Futsal
Johan: PASTI Lenggong
Naib Johan: SK Mahkota Sari
Ketiga: PASTI Gerik

Bola Jaring
Johan: PASTI Lenggong
Naib Johan: Tadika Perpaduan
Ketiga : SK (F) Lawin Selatan