Saturday 13 May 2017

Sajak Buat Cikgu



Terima kasih cikgu kerana sudi ajar saya,
Hingga kenal merah biru tau nilai budi bahasa,
Minta halal segala ilmu cikgu beri selama masa,
Berkat doa dengan restu saya boleh berjaya.

Berkat tekun cikgu ajar pelajaran cikgu beri,
Garis buruk panjang sejengkal hingga cara memerintah negeri,
Tapi terlajak terlebih pandai hingga rosak iman punah budi,
Jasa cikgu kalian tidak ternilai umpama kayu hangus api.

Berguru di padang data nampak rusa belang di kaki,
Berguru kepalang ajar bagai bunga kembang tak jadi,
Umpama kain sehelai putih hitam kotor suci,
Jasa cikgu tabur kala untuk bina generasi.

Boleh kita begina maju cikgu ajar lafaz mula,
Berkat keramat pesanan cikgu hingga saya boleh berjaya,
Berkat nikmat manis madu negara kaya raya,
Jasa baik cikgu tiada siapa boleh lupa.

Untung laba daun sehelai tidak cikgu kira fikir,
Baja bumi buah segar orang lain kutip hasil,
Kerana cikgu jiwa sabar rela jadi macam lilin,
Rela diri hangus terbakar beri kepercayaan kepada orang lain.

Bersabarlah wahai cikgu saya kasih saya sayang,
Susah payah cikgu lalui orang lain tidak faham,
Penat lelah sedih pilu untung rugi hutang piutang,
Kerana menyampaikan ilmu laut luas sanggung menyeberang.

Wahai ahli masyarakat hargailah jasa cikgu,
Walau hanya sedenyut urat walau jasa sebesar debu,
Fikir asuh tegur nasihat hingga kita boleh maju,
Tidur lena makan enak berumahtangga beranak cucu.

Oh yakinlah wahai cikgu jasamu yang tulus suci,
Pukul tujuh jadi guru tumbuh berakar buah berisi,
Jasa baik sudah tentu cukup masa genap hari,
Niat baik Tuhan tahu jadi bekal sebelum mati.

Teguhkanlah hati teruslah berjuang,
Membina pertiwi jayakan wawasan,
Susah rela atas diri tidak mengharapkan balasan,

Negara sedang menanti sinar bulan terang.


Sajak ini telah dideklamasikan di Majlis Sambutan Hari Guru PASTI Negeri Perak 2017 dan telah diubahsuai daripada senikata Dikir Barat.

0 comments :

Post a Comment