Wednesday 24 May 2017

Pentas Antarabangsa Saksi Kejayaan PASTI



KUALA LUMPUR: Adik Mohd Fayyadh Amsyar pelajar 6 tahun dari PASTI As-Solihin Kampung Perak,Kawasan Larut telah melakar sejarah tersendiri.
Kejayaan memperolehi tempat ketiga dalam 2nd SPEED POWER INTERNATIONAL OPEN TAEKWONDO CHAMPHIONSHIP 2017 yang berlangsung pada 19-21 Mei bertempat di Stadium Badminton Kuala Lumpur.
Biarpun beliau merupakan peserta paling muda dalam kategori 6-8 tahun namun ia bukan halangan untuk melakar kejayaan dalam kejohanan tersebut.
Berdasarkan rekod sebelum ini dua orang bekas pelajar PASTI telah berjaya melayakkan diri ke persada antarabangsa.
Khairul Idham Pawi, bekas pelajar PASTI Nurul Iman Kampung Gajah, Perak melalui Kejohanan MotoGP Dunia bagi kategori Moto3 dalam Grand Prix Motosikal Argentina.
Manakala Farihah Zulkifli lepasan PASTI at-Tawhid Taman Jasa Utama Gombak telah mengharumkan nama Malaysia apabila dinobatkan sebagai Johan Menghafaz al-Quran pada Majlis Tilawah dan Menghafaz al-Quran Peringkat Antarabangsa 2015.
Didikan PASTI telah membuktikan bahawa persada antarabangsa bukan satu perkara mustahil untuk melakar kejayaan jika bersandarkan kepada usaha serta tekad untuk berjaya.

sumber berita : perak.pas.org.my

0 comments :

Post a Comment