Sunday 28 August 2016

Alam Ria PASTI Perak 2016: Taiping Pertahan Johan Keseluruhan


Seri Iskandar, 27 Ogos 2016: Alam Ria PASTI Perak 2016 telah berlangsung dengan gilang-gemilang pada 27 Ogos 2016 di D’Hotel Seri Iskandar dengan penyertaan 24 kontijen PASTI kawasan seluruh negeri Perak. Program tahunan ini telah mempertandingan pelbagai acara menarik seperti nasyid, kalam jamie, pidato, hafazan, sajak, bercerita, khutbah, azan dan banyak lagi. Majlis perasmiannya telah disempurnakan oleh Ustaz Mohd Faisal Ahmad Puat (Pengarah Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Perak) yang mewakili Ustaz Akmal Hj Kamarudin (Ketua Dewan Pemuda PAS Perak).
Dalam ucapan perasmiannya, Ust Mohd Faisal telah mengetengahkan kisah-kisah kejayaan alumni PASTI antaranya kejayaan anak didik Pasti Qaryah Pulau Serai Dungun, Terengganu iaitu Mu'az Abdul Karim. Pada 2 Syawwal yang lepas, beliau telah menerima anugerah Outstanding International BTEC Student of the Year 2016 di Royal Horticultural Halls, London, United Kingdom. Muaz adalah pelajar pertama dari Malaysia dan sekaligus Asia Tenggara yang telah berjaya merangkul anugerah berprestij tersebut diantara 800 pencalonan dari seluruh dunia.
Disamping itu, Khairul Idham Pawi bekas pelajar PASTI Nurul Iman di Kampung Gajah, Perak yang telah dianugerahkan sebagai Tokoh Anak Muda Dewan Pemuda PAS Malaysia turut mencipta nama apabila mewakili Honda menjuarai Moto3 Grand Prix Jerman di Sachsenring. Beliau yang mendapat jolokan Super KIP. Bahkan pada bulan April lepas, beliau muncul juara pada Grand Prix Argentina. Dan pada kedua-dua kejayaan ini, beliau lebih berjaya membuktikan prinsipnya hasil didikan seawal di PASTI apabila melarikan diri sewaktu acara pancutan minuman keras dilakukan di atas podium.
Nyata hasil didikan PASTI telah berjaya melahirkan anak-anak pintar soleh yang berbakat besar serta teguh berprinsip.
Alam Ria PASTI Perak edisi kali ini telah menobatkan PASTI Kawasan Taiping sebagai johan keseluruhan apabila berjaya menjurai 4 acara, naib juara 1 acara & beroleh tempat ke-3 bagi acara Bercerita (Lelaki). Berikut adalah keputusan penuh pertandingan:
Johan Keseluruhan : PASTI Kawasan Taiping
Naib Johan Keseluruhan : PASTI Kawasan Parit Buntar
Ketiga Keseluruhan : PASTI Kawasan Parit
PIDATO
Johan : PASTI Kawasan Tambun
Naib Johan : PASTI Kawasan Lenggong
Ketiga : PASTI Kawasan Kuala Kangsar
AZAN
Johan : PASTI Kawasan Taiping
Naib Johan : Parit Buntar
Ketiga : PASTI Kawasan Lenggong
KHUTBAH
Johan : PASTI Kawasan Bukit Gantang
Naib Johan : PASTI Kawasan Taiping
Ketiga : PASTI Kawasan Gerik
BERCERITA (L)
Johan : PASTI Kawasan Parit Buntar
Naib Johan : PASTI Kawasan Kuala Kangsar
Ketiga : PASTI Kawasan Taiping
BERCERITA (P)
Johan : PASTI Kawasan Gopeng
Naib Johan : PASTI Kawasan Parit Buntar
Ketiga : PASTI Kawasan Ipoh Timur
SAJAK (L)
Johan : PASTI Kawasan Tapah
Naib Johan : PASTI Kawasan Pasir Salak
Ketiga : PASTI Kawasan Lumut
SAJAK (P)
Johan : PASTI Kawasan Parit
Naib Johan : PASTI Kawasan Pasir Salak
Ketiga : PASTI Kawasan Taiping
HAFAZAN (L)
Johan : PASTI Kawasan Taiping
Naib Johan : PASTI Kawasan Kampar
Ketiga : PASTI Kawasan Beruas
HAFAZAN (P)
Johan : PASTI Kawasan Taiping
Naib Johan : PASTI Kawasan Parit
Ketiga : PASTI Kawasan Tambun
KALAM JAMAIE
Johan : PASTI Kawasan Taiping
Naib Johan : PASTI Kawasan Lenggong
Ketiga : PASTI Kawasan Parit
NASYID
Johan : PASTI Kawasan Parit Buntar
Naib Johan : PASTI Kawasan Taiping
Ketiga : PASTI Kawasan Bagan Serai

0 comments :

Post a Comment