Monday 7 December 2015

Hari Anugerah Kualiti dan Kecemerlangan PASTI Perak 2015

6 DISEMBER 2015: DEWAN BUNGA RAYA, KOMPLEKS KTMB BATU GAJAH. Perasmian disempurnakan oleh Ustaz Hafez Sabri,Penasihat PASTI PERAK Merangkap Timbalan Ketua Pemuda PAS Negeri Perak.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa yang diketuai oleh Ust Mohd Zhoriff.  Ust Azahari Yahaya , Pengarah PASTI Perak memaklumkan dalam ucapannya bahawa bermula pada tahun 2016, Program Pratahfiz akan dilaksanakan di semua PASTI di negeri Perak. "
Kita mulakan program ini kerana kita memahami tentang kekuatan Al Quran dan Al hadis. Pelajar yang dapat memahami dan menghayati Al Quran akan menjadi seorang pelajar yang cerdik lagi soleh". Katanya
 PASTI sentiasa memimpin perubahan. Apabila kita telah mulakan program Pratahfiz ini, kita yakin lepas ni, sudah pasti prasekolah-prasekolah yang lain juga akan ikut langkah kita. Kita mengalu alukan mereka ikut langkah PASTI dalam melaksanakan program ini" tambahnya lagi..


Seterusnya, Ust Azahari menyeru kepada semua penggerak-penggerak PASTI supaya terus istiqamah dalam perjuangan memartabatkan PASTI. "Ibu bapa juga diharap dapat sama-sama menyumbang kepada PASTI dengan mempromosikan PASTI kepada saudara mara dan rakan-rakan lain". ujarnya.. 

Sementara itu, dalam ucapan perasmian yang disampaikan oleh Ust Hafez Sabri, Penasihat PASTI Perak, beliau menggariskan 3 kekuatan PASTI. Iaitu yang pertama, Alquran dan Alhadis yang menjadi panduan dan keutamaan dalam pendidikan di PASTI. Kedua, guru-guru yang sentiasa ikhlas mendidik anak-anak supaya menjadi insan pintar soleh. Ketiga, ibu bapa yang ikhlas menghantar anak bagi menerima pendidikan mengikut acuan Islam d PASTI. "Gandingan ibu bapa dan guru sangat penting dalam membina peribadi anak-anak yang soleh solehah. Ibu bapa perlu sentiasa memberi sokongan kepada guru dalam memberi pendidikan secara formal, dalam masa yang sama, tidak lupa memainkan peranan mendidik secara tidak formal di luar waktu sekolah" kata Ust Hafez dalam ucapan perasmiannya. Beliau juga mengucapkan tahniah kepada PASTI Perak kerana telah berjaya meningkatkan bilangan unit PASTI dan pelajar pada tahun ini. "Tahniah kepada PASTI Perak kerana pada tahun ini lebih 7000 pelajar menerima pendidikan, lebih 400 guru yang mendidik, di 199 PASTI di seluruh negeri Perak. Semoga bilangan ini terus meningkat pada tahun hadapan seiring dengan peningkatan kualiti pendidikan di PASTI" ujarnya.

Dalam Majlis ini, seramai 24 pelajar 5 tahun dan 24 pelajar 6 tahun yang terbaik dari setiap kawasan di negeri perak telah diraikan. Beberapa Anugerah turut disampaikan bagi beberapa kategori yang dinilai.
 ANUGERAH PELAJAR TERBAIK PASTI Perak 5 tahun
1. Nur Fadhlyn Adlyna bt Md Fadzly - kawasan Lumut.
2. Auni 'Aqilah bt Ahmad Uzaini - kawasan Tg Malim
3. Muhammad Raif Uqail b Mohd Izham - kawasan Bukit Gantang

6 TAHUN
1. Emir Qayyim Mustaqim b Azmi - kawasan Padang Rengas
2. Muhammad Adeeb b Azharin ~ kawasan Lumut
3. Muhammad Fadlan b Zaizul - kawasan Parit Buntar

ANUGERAH 3K (kebersihan, keceriaan, dan keselamatan)
JOHAN - Pasti Ad Deen, Parit Buntar
N. JOHAN - Pasti Fikratuzzikrah, Kampar
KETIGA - Ar Raudah, Kuala Kangsar.

ANUGERAH PERTAMBAHAN BILANGAN PELAJAR TERBANYAK
PASTI kawasan Tambun 

ANUGERAH ICT KAWASAN TERBAIK
PASTI kawasan Lenggong 

ANUGERAH MAJLIS GURU PASTI TERBAIK
MGP Taiping

ANUGERAH PASTI KAWASAN TERBAIK
PASTI kawasan Tambun

0 comments :

Post a Comment