Sunday, 24 May 2009

Sambutan Hari Guru 2009

Sambutan hari guru diadakan di Dewan Perbandaran Teluk Intan dirasmikan oleh YB Hj Mohd Anuar Bin Sudin,ADUN Changkat Jong.Majlis pada sebelah pagi dimulakan dengan Usrah Perdana yang disampaikan oleh Ustaz Termizi Abdul Rahman dihadapan hampir 400 guru dan ALP Pasti Kawasan seluruh negeri Perak.
Jam 10.30 pagi ketibaan YB Hj Mohd Anuar Sudin diiringi Pengarah Jawatankuasa Majlis Sambutan Hari Guru Sdr Shamsuddin Mahmood dan ALP PASTI Perak.Aturcara seterusnya ialah bacaan doa oleh Ust. Mohamad Maidin,
Nyanyian lagu NegaraKu dan Lagu PASTI, diikuti Zikir Asmaul Husna diketuai Ustzh Faridah Dawam(Timb, Pengerusi MGP Perak).
Bacaan ikrar diketuai oleh Ustzh Syafinaz Fahme. Ucapan-ucapan dimulakan dengan ucapan Pengerusi MGP Ustzh Hjh Asmah Tukiran, Ucapan Pengarah PASTI Perak dan Perasmian oleh YB Hj Mohd Anuar Sudin.
Selepas Perasmian disampaikan Hadiah Pertandingan gubahan dan masakan oleh Pengarah PASTI Perak.Penyampaian Anugerah-anugerah sempena Hari Guru disampaikan oleh YB Hj Mohd Anuar Sudin.
Ust.Termizi Abdul RahmanBacaan doa
Zikir Asmaul HusnaIkrar guru-guru
Perasmian oleh YB ADUN Changkat JongPenyampaian Hadiah Gubahan dan Masakan

0 comments :

Post a Comment