Monday, 29 December 2008

Mesyuarat ALP PASTI Perak

Sabtu, 27 Disember 2008 – Seramai 24 ALP negeri hadir untuk membincangkan program PASTI Negeri Perak sepanjang 2009. Mesyuarat bermula jam 10.30 pagi.
Perancangan program 2009 yang dibentangkan oleh Pengarah PASTI Perak telah dibincang dan dipersetujui oleh ALP PASTI Perak. Antara program yang besar yang akan diadakan ialah Kursus Asas dan Persijilan Guru dan Hari Sukan Bola Sepak dan Bola Jaring peringkat Negeri dan Pusat.
Dasar-dasar baru yang perlu dibuatdi setiap kawasan ialah menyediakan Pejabat PASTI Kawasan, komputer berinternet, Penghantaran data terkini dihantar sebelum 1hb. Memasang Visi,Misi dan Piagam Pelanggan di PASTI Unit. Setiap PASTI Kawasan juga perlu mengadakan Usrah bulanan MGP, menyediakan Takwim 2009.
Koperasi Tunas Islam Perak Berhad yang ditubuhkan akan diperkemaskini dan guru-guru yang belum menghantar borang ahli berserta saham perlu segera berbuat demikian sebelum 18 Januari 2009.
Mesyuarat berakhir jam 2.30 petang.

0 comments :

Post a Comment