Monday, 2 April 2018

PASTI DAN MASYARAKAT BERPISAH TIADA



Tambun, 31 Mac : PASTI terus mendapat tempat dan subur di hati masyarakat Malaysia khususnya di Perak yang diterjemahkan melalui penganjuran Karnival PASTI Tambun pada 31 Mac bertempat di AEON Mall Ipoh Klebang. Program sehari di pasaraya tumpuan tersebut telah diserikan dengan pelbagai pengisian seperti Forum Keluarga Sejahtera, Pertandingan Mewarna, Dam Aji, Batu Seremban, Gusti Lengan, Anyam Ketupat Riben dan banyak lagi.

Mohd Azahari bin Yahaya (Pengarah PASTI Perak), menyifatkan bahawa PASTI dan masyarakat berpisah tiada. PASTI sangat sinonim dengan masyarakat hingga ianya kini disertai oleh pelbagai latar belakang masyarakat termasuk bukan Islam yang menyakini kemampuan pendidikan PASTI itu sendiri.

PASTI kini berada dalam kelasnya yang tersendiri menjadi sendi masyarakat yang membina generasi anak-anak pintar soleh ke arah Malaysia yang sejahtera.

0 comments :

Post a Comment