Batu Gajah : 16 Ogos 2015- Alam Ria PASTI Negeri Perak 2015 telah berlangsung dengan jayanya di Kompleks KTMB Batu Gajah. Pelbagai acara dipertandingkan seperti nasyid, kalam jamaie,azan,hafazan,pidato,khutbah,bercerita dan sajak. Keputusan pertandingan menyaksikan persaingan sengit dari beberapa buah kawasan namun Johan Keseluruhan diumumkan adalah milik PASTI Kawasan Taiping setelah memenangi 3 hadiah untuk Johan, 1 hadiah Naib Johan dan 3 hadiah tempat ketiga.Keputusan akhir boleh dilayari di blog PASTI Negeri Perak.Majlis penutup telah dirasmikan oleh Al-Fadhil Utz Ahmad Khairi bin Jamaludin, Penasihat PASTI Negeri Perak.Penyampaian hadiah juga telah disempurnakan oleh Ustaz Mohd Azahari Yahaya, Pengarah PASTI Negeri Perak dan Utzh Faridah bt Dawam, Pengerusi Majlis Guru PASTI Perak. Semua peserta yang berjaya menjadi Johan akan mewakili negeri Perak ke Alam Ria PASTI Malaysia di Port Dickson pada 29 dan 30 Ogos 2015.InshaAllah.
0 comments :
Post a Comment